Thursday, September 29, 2011

Kematian itu pasti.

Resah gelisah rasanya apabila asyik menghitung hari-hari yang berbaki untuk saya berada di malaysia bersama keluarga tersayang dan segala kemudahan yang tersedia disini untuk sesi cuti musim panas 2011. Aduh! Saya bersungguh-sungguh mohon jasa baik kalian untuk mendoakan saya agar dapat membawa juga hati dan jiwa saya pulang ke mansoura bersama jasad ini.

Sedang resah menghitung hari itu, tidak kurang pula perasaan tidak senang duduk apabila hampir dua minggu sekali ada sahaja saudara mara mahupun kenalan rapat keluarga yang pergi menghadap illahi. Mungkin ada perasaan kasihan yang timbul kepada mereka, namun dari sudut lain sebenarnya kita harus lebih mengasihani diri sendiri.

Mereka yang telah pergi telah selesai melakukan tugasan mereka di dunia ini dan semoga Allah menempatkan mereka bersama golengan yang soleh. Telah selesai kerja mereka insyaALlah. Namun, kita yang masih hidup ini masih perlu bertungkus-lumus melaksanakan tugas sebagai hamba kepada Dia yang Esa. Semoga kita semua beroleh husnul khatimah.

Kematian itu sesuatu yang pasti kerana telah tertulis bahawa setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian. Harus banyakkan ibadah dan doa.

Ayuh kita sedekahkan al-fatihah buat mereka yang telah kembali menghadap Illahi.


Wednesday, September 14, 2011

Of pain and sickness.

Ramai sungguh saudara mara dan kenalan saya yang ditimpa segala macam penyakit. Mereka mungkin menderita dan sengsara namun disebalik segalanya itu, ada maksud yang tersirat yang Allah ingin sampaikan.

Allah merindui dan menyayangi mu, wahai kalian!
Allah ingin sekali mendengar kau merintih kepadaNya di malam hari.
dan Allah mahu menghapuskan dosa-dosa mu agar mudah untuk kau ke syurga kelak insyaAllah.

"whatever Allah takes away or gives belong to Him, and everything with Him has a limited fixed term (in this world), and so one should be patient and anticipate Allah's rewards"
(al-bukhari dan muslim)

Maka bersyukurlah. Bersyukurlah atas ujian berbentuk nikmat yang dianugerahkan oleh Allah khusus buat kalian. dan jangan lupa untuk memanjatkan doa kerana Allah bersedia untuk mendengar dan memakbulkannya.

Syafakumullah!

p/s: Tak lupa buat bonda tersayang, nanti kami dtg lepak kat hospital sama-sama ye~ ;)

Wednesday, September 7, 2011

Masa yang telah berlalu.

Sedar tak sedar kita telah pun meninggalkan ramadhan yang setahun sekali itu dan juga kini telah pun memasuki minggu kedua syawal. yaAllah betapa masa itu berlalu dengan begitu pantas. Teorinya?
  • Mungkin yang pertama menunjukkan kita telah pun berada di saat-saat akhir kehidupan dunia kerana salah satu tanda akhir zaman adalah apabila masa sangat pantas berlalu.
  • Kemungkinan yang kedua adalah apabila kita begitu suka membazirkan masa sehingga kita tidak sedar betapa kita tergolong dalam golongan yang rugi apabila hanya membiarkan masa pergi begitu sahaja tanpa memberi nilai tambah kepada saham akhirat kita.  

Ya Allah, ampuni kami atas kelalaian kami dan kelaziman kami terhadap diri kami sendiri. 

Benar Allah itu sangat mengasihi hambaNya dan benar-benar maha pengampun. Namun, kita sendiri yang perlu mengusahakan sesuatu agar dapat menambah baik kedudukan kita disisi Allah. InsyaAllah~ 

*****

Ayuh kita imbas kembali bulan ramadhan yang lalu. Sedikit sebanyak berbeza bukan dengan kehidupan kita di bulan-bulan lain? Dengan ibadah-ibadah yang kita lakukan untuk mengimarahkan bulan penuh barakah itu seperti tarawikh, qiam, tilawah, sedekah, dan sebagainya.


Alhamdulillah, kita juga berusaha untuk mendapatkan kemuliaan di malam al-qadr seperti yang dijanjikan Allah dan juga kita berusaha untuk tidak menjadi golongan yang celaka seperti yang diaminkan oleh rasulullah iaitu golongan yang tetap tidak diampunkan dosanya setelah ramadhan berakhir. Semoga Allah menerima ibadah-ibadah kita insyaAllah.

Namun sedarkan kita bahawa tuhan yang kita sembah di dalam bulan ramadhan adalah juga tuhan yang sama kita sembah di luar bulan ramadhan?  Maka teruskanlah membawa momentum seorang hamba sepanjang di madrasah ramadhan itu sehingga kita bertemu dengan ramadhan yang akan datang jika diizinkan Allah.

Walaupun bunyi nya cliché tetapi membawa maksud yang sangat besar dalam kehidupan seorang muslim yang sebenar; jadilah hamba Allah bukan hamba Ramadhan!

*****

Berakhir ramadhan yang dirindui, tiba pula syawal yang dinanti. Tanda kemenangan kita bersungguh-sungguh mengutip saham akhirat, menundukkan nafsu, dan kembali kepada fitrah bak sehelai kain putih yang tiada cela. Amen.ameen.ameen.


Justeru kemenangan itu hendaklah kita sambut dengan cara menzahirkan kesyukuran kita kepada tuhan yang kerana Dia sahaja lah yang membenarkan kita merebut peluang kemenangan ini.

Berkumpul beramai-ramai di pagi syawal dengan hidangan lazat memenuhi meja makan, berpakaian baru penuh warna, gelak ketawa dan riang gembira kanak-kanak kecil mahupun yang tua. Allah~ benar-benar terasa spt ingin menitiskan air mata. Aku bersyukur atas segala nikmat kurniaan mu ya tuhan. 

Berpeluang menziarahi saudara-mara yang hanya dapat ditemui setahun sekali benar-benar menginsafkan. Betapa kita perlu menghargai masa muda sebelum masa tua, masa sihat sebelum masa sakit.

Dan yang benar-benar memberi kesan kepada saya adalah; penghujung kehidupan kita adalah seperti apa yang kita biasa amalkan. Jika kita menginginkan kehidupan akhir yang sentiasa mengingati tuhan, maka biasakanlah mengingati tuhan daripada sekarang!

Dan sebelum terlambat..  SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN semua! Taqabbalallahu minna waminkum.  kullu ‘am wa antum bi khair.