Thursday, September 29, 2011

Kematian itu pasti.

Resah gelisah rasanya apabila asyik menghitung hari-hari yang berbaki untuk saya berada di malaysia bersama keluarga tersayang dan segala kemudahan yang tersedia disini untuk sesi cuti musim panas 2011. Aduh! Saya bersungguh-sungguh mohon jasa baik kalian untuk mendoakan saya agar dapat membawa juga hati dan jiwa saya pulang ke mansoura bersama jasad ini.

Sedang resah menghitung hari itu, tidak kurang pula perasaan tidak senang duduk apabila hampir dua minggu sekali ada sahaja saudara mara mahupun kenalan rapat keluarga yang pergi menghadap illahi. Mungkin ada perasaan kasihan yang timbul kepada mereka, namun dari sudut lain sebenarnya kita harus lebih mengasihani diri sendiri.

Mereka yang telah pergi telah selesai melakukan tugasan mereka di dunia ini dan semoga Allah menempatkan mereka bersama golengan yang soleh. Telah selesai kerja mereka insyaALlah. Namun, kita yang masih hidup ini masih perlu bertungkus-lumus melaksanakan tugas sebagai hamba kepada Dia yang Esa. Semoga kita semua beroleh husnul khatimah.

Kematian itu sesuatu yang pasti kerana telah tertulis bahawa setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian. Harus banyakkan ibadah dan doa.

Ayuh kita sedekahkan al-fatihah buat mereka yang telah kembali menghadap Illahi.


No comments: