Wednesday, June 22, 2011

Gelombang kuning kini kembali.

Hujung tahun ini umur saya akan mencecah angka 21 jika diberi peluang oleh tuhan. Angka yang saya tunggu-tunggu sejak tahun 1999; iaitu sejak saya berusia 9 tahun lagi.

Mungkin ramai yang merasakan bahawa tugas di usia 21 itu tidak lah memberi impak yang signifikan kepada perubahan negara; tetapi tidak bagi saya.

Saya sudah cukup muak dengan keadaan semasa yang asyik digula-gula kan walaupun sebenarnya gula-gula yang diberi itu pahit.

Saya sudah cukup takut menonton berita yang saban hari menceritakan mengenai kes-kes jenayah yang berlaku di tempat sendiri. Amat menakutkan lagi; ia jarang sekali dapat diselesaikan dan turut melibatkan anak-anak kecil yang tidak berdosa.

Saya sudah cukup marah dengan tindakan yang tidak munasabah dalam membelanjakan wang negara sedangkan masih ramai lagi rakyat miskin yang tidak terbela.

Banyak lagi perkara-perkara yang ingin saya sebutkan tetapi saya rasa eloklah kalau kita dapat mengkajinya sendiri. Yang saya tekankan disini hanya lah perkara-perkara asas dalam menjamin kemaslahatan kita sebagai rakyat negara berdaulat.

Dari 'Auf bin Malik, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Pemimpin-pemimpin pilihan di antara engkau semua ialah orang-orang yang engkau semua mencintai mereka dan mereka pun mencintaimu semua, juga yang engkau semua mendoakan kebaikan untuk mereka dan mereka pun mendoakan kebaikan untukmu semua. Adapun pemimpin-pemimpin yang jahat di antara engkau semua ialah orang-orang yang engkau semua membenci mereka dan mereka pun membenci padamu semua, juga yang engkau semua melaknat mereka dan mereka pun melaknat padamu semua."

Maka untuk memastikan penantian angka 21 saya itu tidak sia-sia, saya menyokong penuh usaha gelombang kuning yang pernah dilancarkan pada November 2007 yang lalu.

Kata mereka, gelombang kuning kedua bakal berlangsung 9 Julai 2011 tidak lama lagi dan ia adalah bertujuan untuk menuntut lapan perkara berikut.

.Bersihkan senarai undi.
.Reformasikan undi pos.
.Gunakan dakwat kekal.
.Akses media yang bebas dan adil.
.Tempoh berkempen minimum 21 hari.
.Perkukuh institusi awam.
.Hentikan rasuah.
.Hentikan politik kotor.

Maaf andai kita berjalan di laluan yang berbeza tetapi kita semua dah besar-besar kan? Berlapang dadalah dan beranikan diri untuk mencuba perkara baru. ;)

"Dan berlaku adillah engkau semua, sesungguhnya Allah itu mencintai orang-orang yang berlaku adil." (al-Hujurat: 9)

Thursday, June 16, 2011

Nikmat tuhan.

Teringat seorang pesakit yang kami jumpa tidak lama dahulu. Sharleen, seorang wanita muda yang berpelajaran dan masih belum berkeluarga. Dia menghidapi penyakit kencing manis yang agak kronik dengan pelbagai komplikasi.

Sedang kami mengambil data daripada sharleen, datang seorang doctor menerangkan tentang keadaan terkininya. Kata doctor, sharleen bakal kehilangan penglihatan akibat komplikasi daripada penyakit yang dihidapi. 

Zapp! Terkedu saya seketika. Mata terus memandang ke arah Sharleen dan rasa benar-benar ingin tahu apa yang sedang dia fikirkan ketika itu. Dugaan tuhan yang sengat berat yang hanya diturunkan buat insan setabah Sharleen.

Buat saya.
Buat kita semua.
Sedikit pesanan andai ada yang terlupa;
maka nikmat tuhan mu yang manakah yang engkau dustakan? 

Seandainya jarang sekali kita bersyukur, maka bersyukurlah. Seandainya ada masa-masa kita kufur, maka tuhan; maafkanlah.

"dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Dia memberimu pendengaran, penglihatan, dan hati nurani agar kamu bersykur."
(16:78)

"sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah nikmat kepada mu, tetapi jika kamu mengingkari nikmatKu, maka pasti azabKu sangat berat."
(14:7)

dan kita juga harus ingat bahawa syukur juga memerlukan kepada pembuktian. Maka; ayuh tingkatkan amalan!

Sunday, June 12, 2011

Nikmat yang dipandang rendah.

Bismillah

Don't underestimate the blessing you have.. which is Islam.


Setiap kali menghadiri ceramah agama, seringkali pengerusi majlis mengingatkan kepada para hadirin

Alhamdulillah, kita masih diberi 2 nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan Islam.

Namun,sejauh mana kita benar-benar bersyukur dan menghargai nikmat Islam itu? Merasakan betapa indahnya rahmat Allah dipilih sebagai umat Islam.

Video ringkas 2 minit di bawah ini, dengan izin Allah, sedikit sebanyak akan mengubah paradigma kita betapa besarnya nilai Islam itu.


Masihkah kita ingat, orang yang sudah meninggal dunia,semua amalan di dunia terputus kecuali 3 perkara:
1. Doa anak soleh kepada kedua ibu bapanya
2.Amal jariah yang dilakukan ketika di dunia
3. Ilmu yang bermanfaat.

Kita masih ada peluang untuk berdoa kepada ibu bapa kita sekiranya mereka telah meninggal dunia. Alhamdulillah.

Cuba kita fikirkan.
Bagaimana pula dengan saudara seislam kita dimana ibu bapa mereka yang menganut agama selain daripada Islam? Bagaimana dengan kesudahan di akhirat ibu bapa mereka?

Hargailah dan peliharalah nikmat iman dan Islam.
Sama-sama kita untuk berpegang teguh dengan ajaran Islam secara total.


Friday, June 10, 2011

Coming soon.


Semoga usaha kami yang tak seberapa ini diredhai Allah. Doakan.
 
"Apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakkal lah kepada Allah." 
(al-imran:159)

Wednesday, June 8, 2011

Shift it.

Jika kau fikirkan kau boleh.
Kau hampir boleh melakukan.
Jika kau fikirkan ragu-ragu.
Usaha mu tidak menentu.

Engkaulah apa yang kau fikirkan.
Terkandung dalam pemikiran.
Berfikir boleh melakukan.
Fikirkan boleh!

Sebahagian daripada senikata lagu motivasi yang kita sering nyanyikan di zaman persekolahan dahulu. ingat lagi? Mesti ramai antara kita yang pernah mendapat inspirasi melalui lagu ini dan mesti juga ramai dalam kalangan kita yang pernah menyangka bahawa fikiran kita adalah penentu segala sesuatu.

Nak tahu teori disebalik lagu ini melalui sisi pandang yang lain? Mudah sahaja.
“Aku adalah sepertimana yang hambaKu harapkan.” Hadis qudsi.

Thursday, June 2, 2011

Pelupa.

“dan sekiranya bukan kerana kurnia Allah dan rahmatNya kepadamu, (nescaya kamu akan menerima kesulitan) dan sesungguhnya Allah maha penerima taubat maha bijaksana.” 
(An-nur:10)

Setiap apa yang berlaku diatas muka bumi ini; segalanya adalah mengikut takdir dan aturan yang telah ditetapkan tuhan. Dia yang menciptakan maka Dia juga lah yang maha memahami ciptaanNya.

Maka wajar kah kita berkeluh kesah terhadap sesuatu yang menimpa? wajar kah kita meletakkan pergantungan dan pengharapan kepada selain Dia yang maha esa?

atau layakkah kita dengan bangga mendabik dada terhadap sesuatu yang berlaku kerana rahmat dan kasih sayang Allah yang hanya disalurkan melalui kita?

Oh mujurlah!
Mujurlah tuhan yang maha satu itu juga maha penerima taubat, maha pengasih, dan maha penyayang.