Tuesday, November 29, 2011

Seorang hamba yang benar-benar hamba.

Wahai tuhan,
Saat ku jauh Kau sentiasa memanggil kembali,
Saat ku keseorangan Kau tidak pernah pergi,
Saat ku memerlukan Kau sentiasa memberi,
Saat ku kehilangan Kau sentiasa ada disisi,
Tetapi aku,
Walau hanya dengan menjadi hambaMu,
Aku sentiasa tidak mampu.

Ayuh teman, kita muhasabah kembali. Adakah kita telah benar-benar menjadi seorang hamba kepada tuhan yang Maha Pengasih seperti yang telah dinukilkan oleh Allah dalam kalam cintaNya:

“ adapun hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih itu adalah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka (dengan kata-kata yang menghina), mereka mengucapkan ‘salam’.”

“dan orang-orang yang menghabiskan waktu malam untuk beribadah kepada tuhan mereka dengan bersujud dan berdiri.”

(al-furqan:63,64)

MasyaAllah..

Yang diatas hanya sebahagian kecil daripada ciri-ciri seorang 'ibadurrahman yang sepatutnya telah subur dalam diri kita yang telah sekian lama menjadi hambaNya. Tetapi, sejauh manakah perkara-perkara diatas telah kita amalkan?
[sila rujuk ayat 'ibadurrahman; al-furqan: 63-74]

Oleh itu, mari bersama kita tingkatkan usaha demi menjadi seorang hamba yang benar-benar hamba!

Sunday, November 13, 2011

wawasan 2020.

Nak tahu kunci kebahagiaan hidup seperti yang dijanjikan Allah, tuhan yang menciptakan segala kehidupan?

1. Laksanakan islam sesyumulnya.

"Allah telah menjanjikan kepada orang-orang diantara kamu yang beriman dan yang mengerjakan kebajikan, bahawa Dia sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka dengan agama yang telah Dia redhai. dan Dia benar-benar mengubah keadaan mereka, setelah berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa."
(an-nur:55)

2. Tinggalkan islam sesyumulnya.

"Maka ketika mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membuka semua pintu kesenangan bagi mereka. Sehingga ketika mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka secara tiba-tiba, maka ketika itu merek terdiam berputus asa."
(al-an'am:44)

Pilihan ada ditangan anda.

Jika anda menginginkan kebahagiaan dan memilih untuk menggunakan teori kebahagiaan yang pertama, maka beruntunglah anda kerana anda akan mendapat kebahagiaan yang dijanjikan Allah dari dunia hingga ke akhirat insyaAllah.

tetapi, jika anda menginginkan kesenangan yang sementara dan memilih untuk menggunakan teori kebahagiaan yang kedua; saya tidak dapat membayangkan kehidupan anda di hari yang kekal selamanya nanti. na'udzubillah.

Oh ya. Bagaimana pula jika anda mengambil keputusan untuk menggunakan kedua-dua teori lalu digabungkan dan diaplikasikan dalam kehidupan anda?
Ermm. wow. mungkin anda merasakan anda terlalu bijak tapi malang; tunggang terbaliklah jawapnya. Macam kehidupan dunia sekarang~

Kesimpulannya, Allah yang menciptakan seluruh alam kehidupan ini. Maka segala yang ditetapkan dan diperintahkan adalah yang terbaik untuk kita dalam meraih syurgaNya.

Semoga anda, anda, dan saya bijak dalam membuat pilihan agar dikurniakan kebahagiaan hidup dari dunia hingga ke akhirat yang kekal selamanya kelak insyaAllah. Kerana seperti biasa: impian kita adalah untuk sama-sama masuk ke syurga Allah, bukan?


ps. tertanya-tanya tentang kaitan wawasan 2020 dan coretan di atas? nah baca ini. sekarang kita semua ada wawasan 2020 baru yang harus diusahakan. dan yang lebih menarik lagi, kita SEMUA harus terlibat sama bagi memastikan wawasan ini tercapai. Semoga Allah sentiasa menghulurkan bantuanNya kpd kita.

Wednesday, November 2, 2011

Susah sangat ni.

Bila Allah uji dengan kerja yang sangat banyak dan perlu disiapkan dalam jangka masa yang sangat pendek memang nak menangis dibuatnya. Tapi kene ingat; Allah sentiasa ingin meningkatkan potensi diri kita untuk menjadi yang lebih baik.

Jadi sepatutnya kene ucap alhamdulillah lah kan? ;)

Bukan itu sahaja.. berbunga-bunga tak hati kalau dapat ucapan seperti dibawah ni daripada para malaikat yang sedang menunggu kita, orang-orang yang sabar mengharapkan keredhaan tuhannya di pintu-pintu syurga?

"selamat sejahtera atasmu kerana kesabaranmu. maka alangkah nikmatnya tempat kesudahan itu".
(ar-ra'd:24)

So just be strong, take things easy, and always think positive. 
Yakinlah! Allah maha berkuasa atas segala sesuatu maka yang susah pun boleh jadi senang dengan izinNya. MashaAllah; isn't He just so great?