Tuesday, July 26, 2011

Realiti.

Saya seorang yang selalu memikirkan tentang realiti kehidupan masa kini.

Namun, yang menjadi tanda tanya saya adalah; sejauh mana realiti kehidupan itu benar-benar mencerminkan kehidupan insan muslim yang beriman. dan sejauh mana saya melihat realiti kehidupan ini menggunakan kaca mata islam.

Ahh! sukar sungguh untuk dibezakan yang hitam dan yang putih bila disekeliling banyak yang kelabu.

Oh sudahlah! Sampai bila hendak menunding jari kepada yang lain sedang diri sendiri juga banyak khilafnya?

Allahummaghfirlana!

Wednesday, July 20, 2011

Tiada henti.

Menghadapi peperiksaan akhir tahun 3 perubatan yang lalu benar-benar menguji ketahanan jiwa dan emosi saya. Bermacam-macam perkara yang bermain di fikiran yang membuatkan saya bertekad untuk mencari diri saya kembali dan siapa saya di masa akan datang.

Mungkin saya telah menyempitkan skop kehidupan seorang doktor, namun itu lah yang saya lihat selama ini dan mungkin juga memang itu lah realitinya. Kehidupan seorang doktor yang mahu tidak mahu akan dibawa arus kesibukan yang melampau sehingga mungkin seluruh kehidupannya yang sebelum berumur 40 tahun adalah tidak lebih daripada sebuah mesin perawat manusia.

Saya akui bahawa tugas merawat manusia adalah satu tugas yang amat mulia namun, saya ingin melakukan sesuatu yang lebih daripada itu untuk kehidupan saya; disini dan diakhirat kelak. Maka, saya harus mula mencari jawapan agar saya tetap terus dan tidak goyah lagi.

Semoga pencarian ini membuahkan hasil dan semoga ia membawa saya lebih dekat kepada tuhan. Kalian yang membaca, doakan saya.

Satu perkara yang saya pelajari daripada konflik masa depan yang berlaku ini adalah; pencarian sentiasa berlaku dalam diri setiap manusia dan kerana itulah kita diberikan akal. Gunakan sebaik mungkin dan berfikirlah supaya diri kita sentiasa berada di tahap yang lebih baik.

Please remember that there will always be a room for improvement in everything that we do and in everything that we have. Be it life, knowledge, systems, skills, and even the government. Let's give everybody the chance to prove themselves just like what we've been doing to ourselves, shouldn't we?

Saturday, July 9, 2011

Imtihan.

Fasa exam adalah kurniaan Allah khusus kepada kita yang bergelar pelajar; fasa untuk menambah pahala ibadah kepadaNya hanya jika setiap usaha dan tawakkal kita untuk Dia. Malangnya, berjayakah kita merebut peluang yang diberi?

Allah ampuni kami atas sifat leka dan lalai ini!

Pena telah diangkat dan catatan telah mengering. Perbanyakkan doa dan usaha sehabis mungkin. Lagi satu kawan, usah takut dan usah cemas kerana kita ada Dia bukan? Allahussomad!


Oh ya! Hari ini tanggal 9 Julai 2011, harus saya coretkan sedikit sebagai kenangan. Satu lagi coretan sejarah yang terlakar di malaysia yang amat bermakna buat jiwa-jiwa merdeka yang mendahagakan angin perubahan di tanah tumpah darah sendiri.

Walaupun terdapat sedikit kekesalan kerana saya tidak dapat turut serta dalam perhimpunan membawa angin perubahan ini, tetapi saya bersyukur melihat ramai disekeliling saya yang telah mula membuka mata. Angin perubahan semakin dirasai.

Satu perkara yang ingin saya katakan; BERSIH 2.0 message received! 
Tahniah buat semua and i'm proud of Malaysians.
 

Sunday, July 3, 2011

Pencarian.

Bertemu dengan sesuatu yang menyeronokkan akan membuat hati kita tidak sabar-sabar untuk memberitahu orang lain tentang perkara tersebut. Kita mahukan orang lain turut sama merasai keterujaan kita dan senang cerita sebab benda tu best lah!

Contohnya kalau kita suka tengok cerita nora-elena yang sedang menjadi kegilaan ramai sekarang; memang tak sah kalau tak promote kat kawan-kawan lain supaya tengok sekali. 

Contoh lain; susu strawberry. Nampak mudah tapi bila kita dah suka susu tu dan jumpa pula kawan lain yang hanya minum susu coklat, mesti kita nak promote susu strawberry juga. Sebab susu tu sedap; rugi kalau tak minum.

Samalah seperti nikmat iman dan islam. Kalau kita kata kita dah jatuh cinta dengan islam dan kita kata kita dah sayaaannnnggg sangat akan Allah dan rasulNya, maka tentulah kita nak ajak orang lain sayang Allah dan rasul juga. Betul tak?

Kalau kita belum lagi ada perasaan ingin berkongsi rasa best menyayangi Allah dan rasul; maka muhasabah kembali iman kita. Cari kembali hati kita supaya kita dapat bertemu kembali dengan cinta hakiki kurniaan Illahi.

“dan orang-orang yang berjihad mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh Allah berserta orang-orang yang berbuat baik.”
Al-ankabut:69.

Dan sebenarnya perkara yang kita cari sendiri itu lebih bermakna daripada perkara yang kita sedia dapat. Kerana itulah orang yang baru dapat hidayah islam lebih menghargai islam daripada kita yang sedia lahir dalam islam.

Mendapat nikmat islam sejak lahir itu juga tak bermaksud kita tidak perlu mencari islam yang sebenar kerana ia tetap perlu dicari dan perlu sentiasa ditambah baik supaya diri kita sentiasa diperbaiki dan tidak hanya berada di takuk yang lama. Hari ini perlu lebih baik daripada semalam kan?

Maka disitu lah pentingnya tarbiyah; membawa kita mengenal semula dunia dan penciptanya. Jadi, jom join tarbiyah! Kata pemuda pantang dicabar dan suka mencuba perkara-perkara baru?