Wahai tuhan,
Saat ku jauh Kau sentiasa memanggil kembali,
Saat ku keseorangan Kau tidak pernah pergi,
Saat ku memerlukan Kau sentiasa memberi,
Saat ku kehilangan Kau sentiasa ada disisi,
Tetapi aku,
Walau hanya dengan menjadi hambaMu,
Aku sentiasa tidak mampu.
Ayuh teman, kita muhasabah kembali. Adakah kita telah benar-benar menjadi seorang hamba kepada tuhan yang Maha Pengasih seperti yang telah dinukilkan oleh Allah dalam kalam cintaNya:
“ adapun hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih itu adalah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka (dengan kata-kata yang menghina), mereka mengucapkan ‘salam’.”
(al-furqan:63,64)
MasyaAllah..
Yang diatas hanya sebahagian kecil daripada ciri-ciri seorang 'ibadurrahman yang sepatutnya telah subur dalam diri kita yang telah sekian lama menjadi hambaNya. Tetapi, sejauh manakah perkara-perkara diatas telah kita amalkan?
[sila rujuk ayat 'ibadurrahman; al-furqan: 63-74]
Oleh itu, mari bersama kita tingkatkan usaha demi menjadi seorang hamba yang benar-benar hamba!