Sunday, November 13, 2011

wawasan 2020.

Nak tahu kunci kebahagiaan hidup seperti yang dijanjikan Allah, tuhan yang menciptakan segala kehidupan?

1. Laksanakan islam sesyumulnya.

"Allah telah menjanjikan kepada orang-orang diantara kamu yang beriman dan yang mengerjakan kebajikan, bahawa Dia sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka dengan agama yang telah Dia redhai. dan Dia benar-benar mengubah keadaan mereka, setelah berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa."
(an-nur:55)

2. Tinggalkan islam sesyumulnya.

"Maka ketika mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membuka semua pintu kesenangan bagi mereka. Sehingga ketika mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka secara tiba-tiba, maka ketika itu merek terdiam berputus asa."
(al-an'am:44)

Pilihan ada ditangan anda.

Jika anda menginginkan kebahagiaan dan memilih untuk menggunakan teori kebahagiaan yang pertama, maka beruntunglah anda kerana anda akan mendapat kebahagiaan yang dijanjikan Allah dari dunia hingga ke akhirat insyaAllah.

tetapi, jika anda menginginkan kesenangan yang sementara dan memilih untuk menggunakan teori kebahagiaan yang kedua; saya tidak dapat membayangkan kehidupan anda di hari yang kekal selamanya nanti. na'udzubillah.

Oh ya. Bagaimana pula jika anda mengambil keputusan untuk menggunakan kedua-dua teori lalu digabungkan dan diaplikasikan dalam kehidupan anda?
Ermm. wow. mungkin anda merasakan anda terlalu bijak tapi malang; tunggang terbaliklah jawapnya. Macam kehidupan dunia sekarang~

Kesimpulannya, Allah yang menciptakan seluruh alam kehidupan ini. Maka segala yang ditetapkan dan diperintahkan adalah yang terbaik untuk kita dalam meraih syurgaNya.

Semoga anda, anda, dan saya bijak dalam membuat pilihan agar dikurniakan kebahagiaan hidup dari dunia hingga ke akhirat yang kekal selamanya kelak insyaAllah. Kerana seperti biasa: impian kita adalah untuk sama-sama masuk ke syurga Allah, bukan?


ps. tertanya-tanya tentang kaitan wawasan 2020 dan coretan di atas? nah baca ini. sekarang kita semua ada wawasan 2020 baru yang harus diusahakan. dan yang lebih menarik lagi, kita SEMUA harus terlibat sama bagi memastikan wawasan ini tercapai. Semoga Allah sentiasa menghulurkan bantuanNya kpd kita.

No comments: