Thursday, December 22, 2011

WAHYU KEDUA

Perkongsian 'merawat hati' di kala ini.... Menjadi peringatan buat diri..

Nabi s.a.w telah menerima banyak perintah dari Allah melalui firmanNya:

"Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaran-Nya! Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi. Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya. Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)."
(Al-Muddaththir:1-7)

Sekali baca macam simple tapi cuba baca lagi di bawah ni:

1. Matlamat perintah memberikan peringatan ialah supaya baginda tidak membiarkan seorang pun yang menyanggahi keredhaan Allah di alam maya ini, melainkan hendaklah diberikan peringatan tentang akibat yang buruk sehingga menimbulkan kegerunan dalam hati dan fikirannya.

2. Matlamat yang membesarkan Tuhan ialah supaya baginda jgn membiarkan seorang pun yang membesar diri di muka bumi melainkan hendaklah dimusnahkan kekuatannya, dipusingkan belakangnya ke bawah agar tidak ada di mukan bumi ini melainkan kebesaran Allah semata-mata.

3. Matlamat membersihkan pakaian dan menjauhkan segala kejahatan supaya mencapai pembersihan zahir dan batin, dan juga bermaksud membersihkan jiwa daripada sebarang keburukan dan kecemaran sampai ke tahap yang sempurna. Dengan itu barulah jiwa manusia layak berada dalam lembayung rahmat Allah yang berlanjutan, pemeliharaan, hidayah dan cahaya-Nya. Akhirnya jadilah dia seorang yang paling baik untuk dicontohi dalam masyarakat manusia, tertarik kepadanya setiap hati yang sihat dan hati-hati yang menyeleweng terasa betapa hebat dan agungnya dia, sehingga semua isi dunia menumpukan perhatian kepadanya sama ada mereka setuju atau membantah.

4. Matlamat tidak mengharapkan balasan yang banyak dengan pemberiannya ialah supaya baginda tidak menganggap tindakan dan usahanya itu hebat dan besar, malah ia hendaklah terus berusaha keras beramal dan beramal. Baginda hendaklah banyak berkorban, kemudian melupakan semua pengorbanannya, malah semuanya hendaklah dirasakan bahawa dengan bantuan Allah, sehinggakan baginda sendiri tidak akan merasa dan perasan usaha dan jerih payah baginda.

5. Dalam ayat yang terakhir menunjukkan tentang apa yang bakal dialami oleh baginda iaitu gangguan orang-orang yang menentang yang berbentuk bantahan dan ejekan, sehingga sampai kepada tindakan nekad untuk membunuhnya dan para sahabatnya, serta menghapuskan semua orang mukmin yang mengikutnya. Justeru, Allah menyuruh baginda s.a.w bersabar menghadapi semua kemungkinan itu dengan kekuatan dan kejituan, bukan kerana untuk mendapatkan habuan bagi kepentingan dirinya, malah semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Tuhannya.

Allah! Ayat-ayat yang simple tapi susah sangat untuk dilaksanakan + ujian badai yang akan bakal menimpa. NAmun, inilah kalam Allah, janji-Nya yang pasti.

Ya Rabbi, berilah kami kefahaman dalam agama kami dan kekuatan untuk kami melaksanakannya dan keyakinan yang benar2 mantap akan janji-janji Engkau.

Dipetik dari Sirah Nabawiyah..

No comments: