Tuesday, April 26, 2011

Hakikat sebuah kehidupan.


Kata yang tua,
Iman harus dicari pada usia muda.
Kerana usia tua mu itu belum pasti.

Kata yang muda,
Iman? Err. nanti dulu boleh?
Usia muda bukan selamanya.
Maka kene enjoy sehabis mungkin.

Namun hati kecilku tetap berkata,
Iman adalah segalanya,
Sukar ditafsirkan dan sukar digambarkan,
Ibarat manisnya gula.

Dan benar. Iman itu mutiara!

Andai kau tahu betapa besarnya nilai iman dalam sebuah hakikat kehidupan, akan kau berkejar-kejar membina diri agar cahaya tersebut kau miliki. Namun kau harus ingat, perjalanan mu itu tak semuanya indah dan kerana itu, tuhan ada berikan janji:

“dan orang2 yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan2 Kami. Dan sungguh Allah berserta orang2 yang berbuat baik.”

(29:69)

Andai juga kau tahu betapa iman itu mampu menenangkan jiwa yang gundah, akan kau menangis siang dan malam, menghadap sang pencipta agar dirimu dikurniakan nur keimanan.

Kerana jiwa yang beriman itu benar2 menyerahkan seluruh kehidupannya kepada qada’ dan qadar yang telah ditetapkan.

Imam syafie ada berkata,

“biarkanlah hari-hari melakukan apa yang dia mahu dan relakan jiwamu jika qadha’ telah ditetapkan kerana jika qadha’ telah turun tak ada yang sanggup mencegahnya, tidak juga bumi dan langit.”

Andai kau tahu lagi bahawa hakikat kehidupan seorang muslim yang beriman itu mampu memberikan kau kebahagiaan di kehidupan yang abadi, akan kau tinggalkan jahiliah2 yang masih bersisa dalam diri.

Ya tuhan, benar susah. Ya tuhan, hatiku ini tabahkan lah. Kau harus yakin bahawa tuhan sentiasa ada bersama dalam setiap langkah payah mu menuju redhaNya.

“Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah.”

Petikan daripada hadis 19.

Iman itu tidak akan datang bergolek. Iman juga tidak akan hadir tanpa usaha. Dan iman itu bukan lah sekadar ungkapan dengan kata2 tetapi ia apa yang terdapat dalam hati dan dibuktikan melalui perbuatan.

Ya muqallibal qulub, tsabbit qulubana ala dinik.

2 comments:

kakak comel tapi garang;) said...

suka! so true! sayangnessss forever^^
"dan Allah tidak akan mensia-siakan iman hambanya."(2:143)

doublethen said...

sape kakak comel tapi garang??