Wednesday, June 22, 2011

Gelombang kuning kini kembali.

Hujung tahun ini umur saya akan mencecah angka 21 jika diberi peluang oleh tuhan. Angka yang saya tunggu-tunggu sejak tahun 1999; iaitu sejak saya berusia 9 tahun lagi.

Mungkin ramai yang merasakan bahawa tugas di usia 21 itu tidak lah memberi impak yang signifikan kepada perubahan negara; tetapi tidak bagi saya.

Saya sudah cukup muak dengan keadaan semasa yang asyik digula-gula kan walaupun sebenarnya gula-gula yang diberi itu pahit.

Saya sudah cukup takut menonton berita yang saban hari menceritakan mengenai kes-kes jenayah yang berlaku di tempat sendiri. Amat menakutkan lagi; ia jarang sekali dapat diselesaikan dan turut melibatkan anak-anak kecil yang tidak berdosa.

Saya sudah cukup marah dengan tindakan yang tidak munasabah dalam membelanjakan wang negara sedangkan masih ramai lagi rakyat miskin yang tidak terbela.

Banyak lagi perkara-perkara yang ingin saya sebutkan tetapi saya rasa eloklah kalau kita dapat mengkajinya sendiri. Yang saya tekankan disini hanya lah perkara-perkara asas dalam menjamin kemaslahatan kita sebagai rakyat negara berdaulat.

Dari 'Auf bin Malik, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Pemimpin-pemimpin pilihan di antara engkau semua ialah orang-orang yang engkau semua mencintai mereka dan mereka pun mencintaimu semua, juga yang engkau semua mendoakan kebaikan untuk mereka dan mereka pun mendoakan kebaikan untukmu semua. Adapun pemimpin-pemimpin yang jahat di antara engkau semua ialah orang-orang yang engkau semua membenci mereka dan mereka pun membenci padamu semua, juga yang engkau semua melaknat mereka dan mereka pun melaknat padamu semua."

Maka untuk memastikan penantian angka 21 saya itu tidak sia-sia, saya menyokong penuh usaha gelombang kuning yang pernah dilancarkan pada November 2007 yang lalu.

Kata mereka, gelombang kuning kedua bakal berlangsung 9 Julai 2011 tidak lama lagi dan ia adalah bertujuan untuk menuntut lapan perkara berikut.

.Bersihkan senarai undi.
.Reformasikan undi pos.
.Gunakan dakwat kekal.
.Akses media yang bebas dan adil.
.Tempoh berkempen minimum 21 hari.
.Perkukuh institusi awam.
.Hentikan rasuah.
.Hentikan politik kotor.

Maaf andai kita berjalan di laluan yang berbeza tetapi kita semua dah besar-besar kan? Berlapang dadalah dan beranikan diri untuk mencuba perkara baru. ;)

"Dan berlaku adillah engkau semua, sesungguhnya Allah itu mencintai orang-orang yang berlaku adil." (al-Hujurat: 9)

No comments: