Thursday, June 16, 2011

Nikmat tuhan.

Teringat seorang pesakit yang kami jumpa tidak lama dahulu. Sharleen, seorang wanita muda yang berpelajaran dan masih belum berkeluarga. Dia menghidapi penyakit kencing manis yang agak kronik dengan pelbagai komplikasi.

Sedang kami mengambil data daripada sharleen, datang seorang doctor menerangkan tentang keadaan terkininya. Kata doctor, sharleen bakal kehilangan penglihatan akibat komplikasi daripada penyakit yang dihidapi. 

Zapp! Terkedu saya seketika. Mata terus memandang ke arah Sharleen dan rasa benar-benar ingin tahu apa yang sedang dia fikirkan ketika itu. Dugaan tuhan yang sengat berat yang hanya diturunkan buat insan setabah Sharleen.

Buat saya.
Buat kita semua.
Sedikit pesanan andai ada yang terlupa;
maka nikmat tuhan mu yang manakah yang engkau dustakan? 

Seandainya jarang sekali kita bersyukur, maka bersyukurlah. Seandainya ada masa-masa kita kufur, maka tuhan; maafkanlah.

"dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Dia memberimu pendengaran, penglihatan, dan hati nurani agar kamu bersykur."
(16:78)

"sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah nikmat kepada mu, tetapi jika kamu mengingkari nikmatKu, maka pasti azabKu sangat berat."
(14:7)

dan kita juga harus ingat bahawa syukur juga memerlukan kepada pembuktian. Maka; ayuh tingkatkan amalan!

No comments: