Sunday, July 3, 2011

Pencarian.

Bertemu dengan sesuatu yang menyeronokkan akan membuat hati kita tidak sabar-sabar untuk memberitahu orang lain tentang perkara tersebut. Kita mahukan orang lain turut sama merasai keterujaan kita dan senang cerita sebab benda tu best lah!

Contohnya kalau kita suka tengok cerita nora-elena yang sedang menjadi kegilaan ramai sekarang; memang tak sah kalau tak promote kat kawan-kawan lain supaya tengok sekali. 

Contoh lain; susu strawberry. Nampak mudah tapi bila kita dah suka susu tu dan jumpa pula kawan lain yang hanya minum susu coklat, mesti kita nak promote susu strawberry juga. Sebab susu tu sedap; rugi kalau tak minum.

Samalah seperti nikmat iman dan islam. Kalau kita kata kita dah jatuh cinta dengan islam dan kita kata kita dah sayaaannnnggg sangat akan Allah dan rasulNya, maka tentulah kita nak ajak orang lain sayang Allah dan rasul juga. Betul tak?

Kalau kita belum lagi ada perasaan ingin berkongsi rasa best menyayangi Allah dan rasul; maka muhasabah kembali iman kita. Cari kembali hati kita supaya kita dapat bertemu kembali dengan cinta hakiki kurniaan Illahi.

“dan orang-orang yang berjihad mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh Allah berserta orang-orang yang berbuat baik.”
Al-ankabut:69.

Dan sebenarnya perkara yang kita cari sendiri itu lebih bermakna daripada perkara yang kita sedia dapat. Kerana itulah orang yang baru dapat hidayah islam lebih menghargai islam daripada kita yang sedia lahir dalam islam.

Mendapat nikmat islam sejak lahir itu juga tak bermaksud kita tidak perlu mencari islam yang sebenar kerana ia tetap perlu dicari dan perlu sentiasa ditambah baik supaya diri kita sentiasa diperbaiki dan tidak hanya berada di takuk yang lama. Hari ini perlu lebih baik daripada semalam kan?

Maka disitu lah pentingnya tarbiyah; membawa kita mengenal semula dunia dan penciptanya. Jadi, jom join tarbiyah! Kata pemuda pantang dicabar dan suka mencuba perkara-perkara baru?

No comments: