Wednesday, July 20, 2011

Tiada henti.

Menghadapi peperiksaan akhir tahun 3 perubatan yang lalu benar-benar menguji ketahanan jiwa dan emosi saya. Bermacam-macam perkara yang bermain di fikiran yang membuatkan saya bertekad untuk mencari diri saya kembali dan siapa saya di masa akan datang.

Mungkin saya telah menyempitkan skop kehidupan seorang doktor, namun itu lah yang saya lihat selama ini dan mungkin juga memang itu lah realitinya. Kehidupan seorang doktor yang mahu tidak mahu akan dibawa arus kesibukan yang melampau sehingga mungkin seluruh kehidupannya yang sebelum berumur 40 tahun adalah tidak lebih daripada sebuah mesin perawat manusia.

Saya akui bahawa tugas merawat manusia adalah satu tugas yang amat mulia namun, saya ingin melakukan sesuatu yang lebih daripada itu untuk kehidupan saya; disini dan diakhirat kelak. Maka, saya harus mula mencari jawapan agar saya tetap terus dan tidak goyah lagi.

Semoga pencarian ini membuahkan hasil dan semoga ia membawa saya lebih dekat kepada tuhan. Kalian yang membaca, doakan saya.

Satu perkara yang saya pelajari daripada konflik masa depan yang berlaku ini adalah; pencarian sentiasa berlaku dalam diri setiap manusia dan kerana itulah kita diberikan akal. Gunakan sebaik mungkin dan berfikirlah supaya diri kita sentiasa berada di tahap yang lebih baik.

Please remember that there will always be a room for improvement in everything that we do and in everything that we have. Be it life, knowledge, systems, skills, and even the government. Let's give everybody the chance to prove themselves just like what we've been doing to ourselves, shouldn't we?

No comments: