Tuesday, May 10, 2011

Demi masa.

Satu perkara yang amat kritikal dalam kehidupan manusia adalah masa. Dan masa kalau tak dikejar memang tak akan dapat kerana masa itu sifatnya seperti pedang.

Tidak merasai asakan masa? Maksudnya belum tahu erti hidup lagi lah tu.

Saya makin terasa dihimpit oleh masa apabila dah bergelumang dengan fasa klinikal, rasa macam tak sempat nak bernyawa dibuatnya. Macam-macam perkara perlu diuruskan, dari urusan pembinaan diri sehingga lah kepada urusan pembinaan yang lain.

Tapi alhamdulillah, tarbiyah datang dari segenap penjuru bukan?

Kerana itu teman, saya mahu titipkan pesan. Buat diri sendiri dan juga buat kalian.

1. utamakan prioriti.
Masing-masing ada kehidupan yang melelahkan dan punya banyak perkara yang perlu diselesaikan. Maka abaikan perkara sampingan dan terus lakukan hal2 yang perlu diutamakan.

2. tiada alasan.
Sifat manusia adalah suka beralasan. Tabiat buruk yang dah sebati dengan jiwa dan disukai syaitan. Sudah2lah tu wahai diri, wahai teman. Berhentilah beralasan.

3. panjatkan doa.
Allah itu maha berkuasa bukan? Jadi apa jua perkara adalah tidak mustahil bagiNya. Maka, pintalah kepada Dia apa sahaja yang kita mahukan termasuklah kelapangan masa.

4. usaha.
Ye. Kejar lah masa itu kerana kita yang dikurniakan akal untuk berfikir. Maka, kita lah yang sepatutnya berkuasa ke atas masa. Bukan sebaliknya!
------
Oh. Perasan tak? Kita selalu rasa yang masa kita adalah untuk kita sahaja. Hak diri sendiri dan tak ada kena mengena dengan individu lain. 

Tapi realitinya adalah, masa adalah suatu yang dikurniakan oleh Allah kepada kita untuk diberikan kembali kepada orang lain. Masa adalah hak kita sesama insan. Kalau kita tidak menjaga masa kita bererti kita juga tidak menjaga hak sesama insan.

Jadi, ayuh kuasai masa. Kita tidak mahu tergolong dalam golongan yang rugi bukan? Dan peringatan tambahan buat semua, ingat muwasaffat tarbiyah kita.

No comments: