Sunday, May 15, 2011

Mencari Malaikat

Teringat waktu awal-awal saya di fasa sekolah berasrama penuh dulu.kekok.sehabis cuba menyesuaikan diri dengan semua benda; kawan-kawan, persekitaran, makanan di Dewan Selera, jadual.segala-segalanyalah.sampai sekarang saya mengingati zaman sewaktu sekolah harian dan ketika di asrama sebagai satu tempoh dua keberadaan yang sungguh berbeza.fasa yang langsung tidak sama.dan kedua-duanya banyak memberi impak pada saya, sampai saat ini.

saya juga masih ingat, waktu tu hujung-hujung tingkatan 4, seorang sahabat menegur saya; 

"dulu sekolah agama ke?"

masih terbayang betapa tergamamnya saya pada waktu tu.
dan dia bukanlah satu-satunya orang yang bertanya soalan yang lebih kurang begitu.
sampai sekarang, saya masih hairan.sungguh hairan.kalaulah pada masa itu mereka tahu bagaimana saya sewaktu dulu...

manusia berubah.fitrahnya manusia memang sukakan kebaikan.
yang berbeza hanyalah definisi baik bagi setiap manusia yang mungkin berlainan dan mempunyai klasifikasi.
begitu juga saya.

setiap perubahan memerlukan pengorbanan.maka pengorbanan yang kecil pada pendapat saya, akan menghasilkan perubahan yang juga tidak banyak.tidak mencanak naik.
sekali lagi pada pendapat saya, biarlah.
biarlah sekecil mana saya berjaya ubah pada hari ini, itu lah yang saya telah cuba, dan berhasil.
cetusan rasa mahu untuk mencuba mengubah diri itu juga bukanlah muncul bersama kuasa magis.
bermujahadahlah.
kekuatan itu dicari, bukan dinanti.


jiwa-jiwa yang cuba untuk menjadi lebih baik ini bukan golongan malaikat.
maka berbuat salah itu sangat biasa.normal.
ini jiwanya manusia; yang diciptakan punya nafsu yang dikawal akal.
maka setiap khilaf itu memang tidak dapat tidak, akan wujud di mana-mana.
kita ini siapa untuk mengadili manusia lain? bukankah kita juga manusia yang sama seperti mereka?
di mana hak kita untuk menekan-nekan silap mereka yang nampak nyata di mata kasar kita?


setiap satu-satu silap itu untuk ditegur bukan dicemuh.
setiap satu-satu silap itu untuk dipelajari bukan hanya dikesali.
bukankah kita meniti hidup dengan bergurukan pengalaman?


sejauh mana relevannya fakta; daie juga manusia biasa yang tidak dapat lari dari dosa--tidak saya tahu, kerana ia sentiasa dinilai dari kaca mata yang berbeza oleh manusia yang berbeza.
atau; setidak-tidaknya jadilah lebih sedikit dari golongan biasa-biasa.
kan?


saya ada pendirian saya(yang mungkin akan dinyatakan dalam entry lain).
terpulanglah pada kamu dalam memilih jalan yang paling mampu diharung.
pokoknya, berusahalah.
berusahalah untuk menjadi lebih baik.
jangan takut kalah.
jangan undur saat berbuat salah.


datang daripadaNya dan akan pulang kembali kepadaNya.maka tidakkah pelik jika ditengah-tengahnya diisi dengan sesuatu yang bukan langsung hakNya?

2 comments:

Anonymous said...

salam, u guys need a chatbox and the 'like' button. ASAP!
-KN-

Anonymous said...

done! thank you very much!