Sunday, May 1, 2011

Kerana cinta.

"Aduh! macam mana nak tulis?
Takut, malu, tapi perlu!"

Takut?
Ya, takut.
Kerana orang yang hanya bijak berkata-kata tetapi tidak beramal dengan kata-katanya, dia akan dilaknat oleh Allah pada hari pembalasan nanti. Nauzubillah~

Malu?
Ya, malu.
Jiwa ini ingin menulis tentang insan agung teristimewa, kekasih tuhan yang Maha Esa. Ah! Sungguh kerdil dan tak layak.

Perlu? tapi kenapa?
Kerana cinta. dan kerana ingin berkongsi rasa sayang.





(video 5minit yang tak pernah gagal mengalirkan air mata kami. wajib tonton)

Oh tuhan, sungguh aku merindui kekasihmu, rasulku. Betapa baginda mencintai, merindui, dan menyayangi kita, ummatnya. Benar, kita juga mencintai baginda.

Namun ungkapan cinta sahaja belum memadai, teman. kerana cinta itu memerlukan kepada pembuktian. seperti kita mencintai ibu bapa kita, keluarga kita, mahupun teman rapat kita, kita buktikannya bukan? Maka buktikanlah cinta rasul mu itu.

Firman Allah yang bermaksud:

katakanlah (Muhammad), jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu. Allah maha pengampun, maha penyayang.

(3:31)

Benar. Jawapannya ada pada ayat diatas.

Jika benar kita mencintai Allah dan rasulnya, maka ikutilah Muhammad kekasih Allah kerana baginda merupakan suri teladan terbaik buat ummah!

Firman Allah lagi yang bermaksud:

"sungguh, telah ada pada diri rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan pada hari qiamat dan bagi yang banyak mengingati Allah."
(33:21)

Sungguh. Untuk mendapat rahmat Allah, ikutilah Muhammad kekasihnya dan laksanakan sunnahnya. Buktikan teman, buktikan cinta kita!

Sudah nampak bukan? Jika kau kata kau mencintai baginda, kau akan ikuti langkah baginda. Kau akan lakukan apa sahaja yang pernah baginda lakukan.

"apa sahaja?" "ya, apa sahaja."

“err, tapi Muhammad itu seorang nabi~”

benar, baginda seorang nabi. Tapi baginda juga manusia bukan? Maka, kita boleh lakukan apa yang baginda lakukan. Usah berdalih lagi jika benar kau mencintainya. Mohonlah kepada tuhan yang Esa agar kau mampu melakukannya.

Ayuh wahai diri, wahai teman. Muhasabah kembali. Adakan benar kita mencintai Muhammad kekasih Allah? Jika benar, buktikanlah cintamu itu!

No comments: