Friday, May 20, 2011

MUSUH YANG NYATA

Assalamualaikum wbt.

Hati membilang hari, semakin dekat. Segala-galanya. Semakin suntuk rasanya masa yang Allah berikan untuk paru-paru ni masih mengembang mengecut berulang-ulang kali (betul ke). Begitu juga dengan jantung ini. Sering kali tangan ini mendarat di dada, mendengar degup jantung sendiri. Alhamdulillah, masih berdegup, masih bernyawa rupanya aku ni. Alhamdulillah.

Tapi Ya Allah, tanggungjawabku kepadaMu masih belum selesai. Masih banyak. Dan aku rasa aku masih di permulaan garisan. Mungkin baru selangkah dua. Dan langkahku itu bukan berlari, mungkin berjalan, mungkin merangkak. Na’uzubillah.

Aku tahu, ramai yang tahu.Ke? Terutama yang sudah berada dalam tarbiyah. Semua digesa untuk ke arah kejayaan. Semua mahu mencapai matlamat masing2, tapi yang pasti, menuju arah yang sama. Hanya untuk Ilahi yang satu. Tiada dua. Tiada yang ketiga. Hanya Dia. Berkejaran kita mengejar.Mutabaah amal, usrah dua tiga, daurah setiap weekend. Tu tak termasuk lagi dengan sharing2 yang lain. InsyaAllah, sama2 doakan semoga mendapat barakahNya, redhaNya. Hanya itu yang kita dambakan. Betul tak?

Namun, kenapa kita masih begini duhai sayangku? Kenapa kita masih ada yang jatuh di tengah jalan? Kenapa ada yang masih rasa futur? Kenapa ada yang masih menyelam dan menelan jahiliyah yang mana kita tahu akan memberatkan beban kita sahaja? Dan kita pasti, semua2 ini akan menjejaskan dakwah kita. Bukankah begitu? Adakah kita ingin memutuskan rantai-rantai ikatan antara kita dengan generasi seterusnya? Adakah kita mahu dipersalahkan apabila syiar Allah yang kita agung-agungkan sekarang ni tak sampai kepada mereka? Sudah tentu TIDAK!!

Namun, diakui, kita hanya manusia. Masih seorang insan yang lemah. Tiada kita sekarang tanpa rahmat dariNya. Tidak kita kenal tarbiyah tanpa cahaya dariNya. Tidak kita menjadi tenang apabila kita mengingatiNya, melainkan Dia jugalah yang mengizinkan kita mengingatiNya dan meniupkan ketenangan dalam hati ini. Kan???

Tapi sahabat, jangan kita lupa, kita masih punya musuh yang nyata. Yang sentiasa ingin menghancurkan masa depan akhirat kita. Yang ingin melihat kita tersungkur di atas jalan dakwah dan tarbiyah ini. Siapa lagi kalau bukan SYAITAN? Kerana Allah dah sebut terang-terang dalam kitabNya:

“Sungguh, syaitan itu musuh bagimu, maka perlakukanlah ia sebagai musuh, kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya agar mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala”

(Fathir: 6)

“Sesungguhnya syaitan itu meresap dalam diri anak Adam persis seperti mengalirnya darah dalam tubuhnya”
(Hadith Muttafaqun Alaihi)

Kisah seorang lelaki pernah bertanya kepada Hasan Basri...

“Wahai Abu Sa’id, adakah syaitan itu tidur?” Sambil tersenyum beliau menjawab: “Kalau syaitan tidur, nescaya kita semua boleh berehat”

See???

Tak dinafikan akan ada yang bertanya, “ So, cane ni?? Apa yang kitorang perlu buat sekarang??”

InsyaAllah, perkara pertama yang perlu dilakukan setelah menyedari bahawa syaitan ini ada MUSUH KETAT kita, kita kena tahu, macam mana rancangan dia. Dari mana dia akan serang kita. Dan juga cara ‘berperang balik’ dengan mereka.

Kita semua tahu yang syaitan ni suka sangat duduk dekat2 dengan kita, pastu bisik sana-sini kan. Dan sampaikan kita ni tak sedar pun yang itu adalah bisikan syaitan. Tapi ketahuilah sayangku sekalian, syaitan ni tak akan boleh kasi ‘effect’ kat kita kalau kita tak kasi ruang kat diorang. Betul tak?

Bila laknatullah ni dapat serang kita dengan mudah??

1. 1) Apabila kita marah

Kenapa bila marah? Sebab bila kita marah, perasaan marah itu akan menutup akal waras kita. Apabila kewarasan hilang, mudahlah kita terpengaruh dengan pujukan syaitan

Sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya Allah sukakan pandangan yang tajam/kritis dalam menghadapi syubahat, di samping akal yang cerdas/sedar dalam menghadapi halangan

Seorang wali pernah bertanya kepada iblis

“ Cuba kau terangkan bagaimana engkau menawan anak Adam?”

Iblis menjawab

“Aku tawan dia ketika ia marah & ketika ia bernafsu “

Dan dalam kumpulan hadith Arbain dari Imam Nawawi, Hadith yang ke 16. Dalam hadith ini, Rasulullah mengulang dua kali ucapan baginda kepada seorang lelaki yang meminta nasihat daripada baginda iaitu ‘JANGAN MARAH’

2. 2) Melalui nafsu syahwat

Memang fitrah manusia itu bernafsu. Dan nafsu itu tidak terhad kepada seks sahaja. Nafsu kepada makanan, harta, pangkat, dll pun termasuk dalam nafsu syahwat (betulkan andai tersalah faham)

Rasulullah SAW pernah bersabda: Tidak ada bekas yang dipenuhkan oleh anak Adam yang lebih buruk daripada perutnya sendiri
Lagi sabda Baginda SAW: Jika anda dapat menjamin kepadaku dengan menjaga anggota antara misai dan janggutmu & (anggota) antara dua pehamu, maka aku jamin syurga untuk anda

3. 3) Sikap tergesa-gesa

Sabda Rasulullah SAW: (Sifat) tergesa-gesa itu datangnya dari Allah SWT

4. 4) Hasad dengki

Penyakit ini sudah kita ketahui yang ia mampu membunuh hati kita. Hati tidak tenteram, jadi tidak tenang. Tiada kebahagian dalam hidupnya

Hal ini mampu memudarkan kewarasan & kebijaksanaan seorang manusia dan dapat mendorong kita untuk melakukan apa-apa sahaja perkara asalkan hati ini puas. Namun pada hakikat, hatinya tidak akan pernah puas.

5. 5) Kikir

Sifat kedekut @ kikir ini sangat2 Allah tak suka. Kerana dari sifat ini lahirlah manusia-manusia yang takut papa dan takut untuk bersedekah, berzakat, berinfaq. Dan tak cukup di situ, bagi seorang daie, andai ada kikir dalam hatinya, dia akan kedekut akan masanya. Membataskan masa, tenaga dan juga harta untuk jalan dakwah ini. Menimbang-nimbang dalam bejual beli dengan Allah. Padahal Allah telah berfirman Dia membeli dari orang mukmin harta, jiwa dan tenaga mereka dan Allah membalasnya dengan syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya. Subhanallah. Sungguh itu adalah sebaik-baik jual beli

Sufyan berkata: Tidak ada senjata yang ada pada syaitan yang lebih mampan dari senjata takut papa. Kalau termakan dengan senjata itu, maka seseorang itu mula menurut kebatilan, tercegah dari menyatakan kebenaran, mulalah ia bercakap menurut hawa nafsu dan menyangka buruk terhadap Tuhannya

6. 6) Takabbur

Riak, ujub, takabbur. Satu rangkaian yang kita sebagai seorang muslim nak sangat2 hindari. Malah sering menjadi doa yang meniti di bibir hamba-hamba Allah agar dijauhi dari 3 serangkai ini. Nauzubillah

Dari takabbur ini jugalah yang telah menjatuhkan syaitan dari tempat duduk asalnya iaitu syurga nan indah. Hanya kerana ia takabbur untuk sujud kepada Adam, manusia pertama yang diciptakan Allah untuk menjadi khalifah di bumiNya. Hanya kerana insiden itu, syaitan ini jugalah yang telah berikrar dan berjanji akan menyesatkan seramai –ramainya hamba Allah dan menariknya menuju lembah neraka bersama-sama.

7. 7) Buruk sangka

Melalui buruk sangka ini, syaitan dengan mudah dapat membisikkan kata-kata dusta dan nista sehingga menyebabkan kita memutuskan hubungan silaturrahim. Kerana buruk sangka, mampu meretakkan hubungan kekeluargaan. Kerana buruk sangka jugalah teman yang bersahabat baik mampu menjadi seteru dunia akhirat. Nauzubillah, semoga Allah melindungi kita.

Nabi SAW bersabda : Jauhilah tempat-tempat yang menimbulkan sangkaan (yang bukan-bukan)

Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu dari syaitan yang direjam

Jauhilah aku daripadanya sebagaiman Engkau telah menjauhkan dia dari rahmat-Mu

Ya Allah, kuatkanlah aku untuk menghadapi segala ujian dari-Mu

Janganlah Engkau izinkan aku menundukkan hatiku ini sedikit pun kepada bisikan syaitan

Ya Allah hanyalah kepada-Mu aku memohon

Dan Engkaulah sebaik-baik tempat sandaranku

Berat jari-jari ini menekan papan kekunci, seberat hati yang pasti akan diuji selepas ini. Namun hati ini pasti Dia ada setia untuk diri ini. Dan hati ini juga ingin menyampaikan perkara ini kepada semua, agar semua hati berhati-hati dalam meredah jalan ini. InsyaAllah, kita bertemu di Jannah Akhirat.. Amiin Ya Rabb.

No comments: