Thursday, May 19, 2011

deep inside

Sembang-sembang dengan seorang ukhti yang amat saya kagumi sementara tunggu doctor masuk ke dalam kelas semalam amat membuka mata. Dush! Bagai kena tumbukan tepat ke kepala. Sakit. Namun disitu lah kebenarannya.

Kebenaran yang amat susah untuk diterima andai dalam diri masih ada cinta dunia.
Aduh! Sekali lagi terpukul dengan kezaliman diri.
YaAllah, maafkan hambaMu yang hina ini. 
Teman, hulurkan sedikit kekuatan yang ada dalam diri kalian.

.Tarbiyah itu memerlukan pengorbanan.
.Kerana syurga yang kita impikan.

Kalau dulu hidup kita boleh bersenang-lenang tanpa punya sebarang matlamat jelas tentang tujuan penciptaan; kini tidak lagi. Berusahalah memenuhinya.

Bila kata impian kita adalah untuk mendapatkan syurga Allah, memang harus pun kita bersusah payah dan bertungkus lumus untuk dapatkannya. Kenapa? Simply said, kerana syurga itu sangat mahal.

“sesungguhnya Allah membeli daripada orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..” at-taubah:111

.Tarbiyah itu membuka mata.
.Memberi erti hakikat kehidupan untuk tuhan.

Ilmu dan pengalaman yang mendatang haruslah bukan sekadar angin lalu; tidak memberi kesan dan tidak menambah baik iman dan amal. Bukan begitu! Pelajarilah sesuatu dan fahamilah dengan hati agar ia dapat terus meresap sebati ke dalam diri.

Sabda rasulullah saw:
Pelajarilah apa sahaja yang kamu boleh belajar akan tetapi Allah tidak akan memberi ganjaran sehingga kamu mengamalkan apa yang kamu pelajari.

.Tarbiyah itu sifatnya merubah.
.Merubah diri untuk merubah orang lain.

Kalau dulu pakaian kita hanyalah sekadar cukup membaluti diri, kini sempurnakanlah. Kalau dulu akhlak kita ibarat tiada rasa malu, kini berpada-pada lah. Kalau dulu masa kita sering berlalu pergi tanpa erti, kini berawaslah. 

Pendek kata, berubahlah. Berubahlah ke arah yang diredhai Allah wahai para daie sekalian. Mahu tidak mahu, setiap mata itu menilai dan setiap telinga itu mendengar. Oleh itu, lakukanlah perubahan demi tuhanmu.

“.. katakanlah, apakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran." az-zumar:9

Cakap-cakap kosong sahaja tidak ada maknanya. Angan-angan mat jenin juga tiada hasilnya. YaAllah, ampuni kami.

No comments: